Thursday 16 February 2017

UMUR 24 KAU KATA ANDARTU, DIK?

# Assalamua'alaikum semua #

Dik, umur 24 kau rasa dah andartu? Kau rasa berbaloikah kau jaga ikhtilat? Kau tanya kami rugikah kau, sebab biarkan jodoh depan mata?

First thing dik. Kita tak pernah tahu jodoh kita siapa. Hinggalah kita dah diakad nikahkan dan tiba-tiba sedar, "Oh, inilah jodoh aku rupanya." Kakar Mawar pun malas nak cakap lebih bab ini sebab belum jumpa jodoh lagi kan.

Second thing dik. Kalau kita buat perkara sebab Allah dan Nabi suka dan suruh, kita akan tenang dan tidak akan pertikaikan apa yang berlaku selepas itu. "Aku jaga ikhtilat terlebih sangat. See, pakwe pun tiada sekarang."


Mesti kau lupa dik. Lelaki yang baik wa soleh diciptakan untuk wanita yang baik wa solehah. Kalau kau masih bergelumang dalam cinta haram yang membuang iman tu (maksudnya bercinta tanpa ikatan halal), kau akan dapat si dia juga yang tidak menjaga hubungan dengan Allah. Kira sekufu dalam kemaksiatan gitu. Setaraf dalam kelekaan dunia.

Dan yang terakhir. Lepas habis study ni dik. Kau patut fikir bagaimana nak cari duit supaya tidak goyang kaki menghabiskan beras di rumah mak ayah. Kakak ni dik, nak dapat RM 10 sebulan pun terpaksa korban jiwa raga sakit kepala stress migraine sakit perut bagai. RM 10 jer pun dik.

Jadi dik. Nasihat kami yang sudah capai andartu (bagi indikator awak), muhasabah semula kenapa kita diciptakan dalam dunia. Apa impian kita. Apa impian mak ayah yang kita belum tunaikan. Kemahiran apa yang kita nak jadikan nilai tambah dalam diri. Sumbangan apa yang kita nak hulur pada ummat. Ummat dik. Bukan diri sendiri saja. Ingat tau!

Fuh! Giat kakak tulis sepanjang ini, dik. Asyik jual sabun saja kan. Sekali terbaca pengakuan kau dik di iium confession, lepas gian kakak menulis.

Sebenarnya bukan untuk kau seorang. Untuk diri kakak sendiri dan orang lain juga segala intipati di atas ni. Moga kita jadi hamba yang itqan (bersungguh) dalam kehidupan. Cinta Allah yang paling utama okay!

Salam sayang daripada kakak Mawar.
Terlepas gian menulis pula. Maaap.

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...