Wednesday 2 March 2016

5 KELEBIHAN BAGI PENULIS UNTUK HADIR KE KARNIVAL/PESTA BUKU

# Assalamu'alaikum #

Minggu lepas, hujung minggu yang seronok, aku menghabiskan masa dengan berkarnival buku dan hiking di Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Port Dickson. 

Pada mulanya aku yang agak berkira untuk hadir ke Karnival Karangkraf Shah Alam 2016 ini masih berfikir-fikir hendak pergi atau tidak. Memandangkan poketku yang agak nipis dan dompet yang dipenuhi dengan kad yang pelbagai sahaja. 

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk pergi dengan merekrut Aida, sahabat sekolah menengahku dahulu untuk menemaniku. Terima kasih Aida!

Waze yang tidak berapa membantu semakin menyesatkan kami dalam bandar Selangor itu. Aku ambil keputusan untuk ikut papan tanda dan gerak hati sahaja. Moga-moga hatiku 'bersih' saat itu. kuikuikui. 

Tibalah kami di sana. 

Setibanya di perkarangan Karangkraf, aku lihat ramai manusia dan meriah sungguh karnivalnya. Pertama kali aku sertai karnival ini. Kami disambut oleh keceriaan pelakon Ola Bola. Aida yang beritahu mereka itu pelakon, kalau tidak aku tak kenal pun. Maklumlah asyik tengok video promo sahaja dalam televisyen.

Selama dua jam di sana, aku kira banyak kelebihan yang aku dapat sebagai seorang penulis bebas.

  1. SEMANGAT MENULIS MEMBARA. Cemburu dengan buku penulis lain yang banyak di atas meja dan sangat menyuntik semangat untuk menulis lagi.
  2. ORANG KENAL KITA SEBAGAI PENULIS. Dapat beramah mesra dengan pengunjung dan tunjuk muka kita sebagai penulis buku.
  3. HUBUNGAN DENGAN PENULIS LAIN. Dapat berkenalan dengan penulis lain yang juga berdiri mempromosikan buku mereka.
  4. NAMA BAIK. Dapat memberi nama yang baik buat syarikat penerbit kerana memberikan komitmen sebagai penulis mereka
  5. MEMBACA. Sepulangnya daripada karnival, aku pun mencapai beberapa buku untuk dihadam. Terus membaca untuk isi buku yang kedua pula. 

Moga semua penulis dan bukan penulis terus giat membaca dan menulis. Menulislah dengan iman dan bukan perasaan. Bijak tarik minat pembaca sasaran dan gunakan isi bahan yang berilmu.  

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...