Wednesday 24 February 2016

BERTUKAR KAWASAN, PERLUKAN PERSEDIAAN

# Assalamu'alaikum semua #

Sobahul kher! 
Moga semua sihat-sihat belaka hari ini. 

Syukur. Syukur. Allah masih memberi kesempatan untuk kita punya nikmat kesihatan. Boleh juga korang gunakan mata korang untuk baca blog yang tak seberapa ini. Boleh juga korang manfaatkan akal untuk menghadam dan menyusun amal-amal apa yang akan dilakukan selepas habis baca entry ini. 

Moga Allah swt berkati usia kita dan hidup kita. 



Semalam, untuk pertama kalinya aku berusrah bersama kawasan baharu. Naqibah yang baharu. Adik-beradik usrah yang baharu. Bahan juga baharu (bukan baharu bagiku tapi tak sama dengan usrah yang lepas).

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Walaupun hadir sedikit lewat dek salah baca peta yang diberikan, aku tetap gembira dan semangat untuk bersama mereka.

Ya, bertukar ke kawasan yang baharu memerlukan persediaan daripada segala segi. Mental, fizikal, emosi dan pemikiran. 

Kita berjumpa dengan orang yang lain daripada orang yang kita biasa bekerja sebelum ini. Perwatakan, pemikiran dan layanan mereka mungkin berbeza dengan yang sebelum ini. Mungkin. Aku benar-benar katakan 'mungkin'.

Sama juga situasinya dengan pertukaran sekolah, universiti, rumah kediaman hatta tempat kerja sekalipun, persediaan yang aku perkatakan tadi perlu disediakan. 

Sikap optimis dan positif perlu ada dalam diri korang selepas korang dapat tahu akan bertukar kawasan. Korang perlu membayangkan yang mereka yang bakal korang jumpa nanti adalah sangat baik hati dan sentiasa mengalukan kehadiran korang.

Jangan membayangkan yang buruk-buruk pula! 

Bila sudah sampai ke kawasan baharu, rajinkan diri untuk menyapa dan memberi hadiah. Kasih sayang akan lebih melekat gittuw. 

Cewaah.. cewaah..

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...