Monday 29 June 2015

BASIKAL KARAT #2 SUDAH DIHANTAR

Assalamu'alaikum sahabat...

cuti berbaki dua bulan lagi..

eikhwan4.wordpress.com

Ramadhan Kareem! Moga Ramadhan kali ini membawa erti yang sangat bermakna untuk kita semua. Ramadhan yang paling berkualiti dan bermanfaat. Ramadhan yang berjaya mengikis sikap-sikap malas dan degil kita. Ameen...

Semalam alhamdulillah, Basikal Karatku sudah selesai diedit dan disemak. Itulah hasil tulisanku yang pertama. Hampir 2 tahun aku menyiapkannya. Kenapa lama sangat?



Ya, buku ini agak memakan masa yang lama untuk disiapkan dek pelbagai cabaran. Yang paling utama ialah diri sendiri la! Perasaan rendah diri tak bertempat. Malas. Sibuk kononnya. Dan pelbagai alasan lagi. Akhirnya... Alhamdulillah. Syukur!

Pagi ini, aku ke rumah nenek untuk menumpang wifi. Sambil menjaga sepupuku di sini,  aku pun mengonline secara percuma di sini. hehehe... terus kucari laman sesawang syarikat kesayanganku, Karangkraf. Aku menghantar Basikal Karatku ke salah seorang puan yang incharge bahagian Karya Bestari. Bahagian yang menerbitkan buku-buku Islamik. 

Aku sangat berharap beliau tertarik dengan BK ku itu.

Tiba-tiba, aku terlihat tab ILHAM grupbuku. Sangat menarik perhatianku. Aku pernah dengar sebelum ini di konvensyen. Memang ada penulis muda yang berjaya menerbitkan buku mereka bermula daripada saluran ini. Di situ kita boleh hantar karya kita dalam talian. Dan jika ada rezeki boleh diterbitkan atas permintaan ramai atau paling tinggi bacaan. 

Menarik!

Sama juga seperti Penulisan2u. Akan tetapi Penulisan2u aku lihat lebih mengutamakan novel-novel cinta.  Cinta melalaikan. Maap.

Masing-masing ada citarasa yang tersendiri. Yang penting kita menulis untuk perkembangan tarbiyah Islam. Bukan keuntungan semata. 

Doakan aku dan BK ku.  

siapa yang mahu menghantar karya ke ILHAM, bolehlah klik di sini. dan ke Penulisan2u di sini.

No comments:

Post a Comment

Keberkatan Dalam Gaji

  Sumber: Photo by micheile henderson on Unsplash Sebenarnya rasa geram dan tak puas hati bila lihat orang gaji yang lebih daripada kita, t...